BAHAGIAN B

[30 markah]

Jawab semua soalan.

1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kata majmuk? [1 markah]
……………………………………………………………………………………………………………….

(b) Nyatakan dua daripada tiga jenis kata majmuk dan kemukakan satu contoh bagi setiap jenis tersebut. [2 markah]

(i) ………………………………………………………………………………………………………
(ii) ………………………………………………………………………………………………………

2.
Kata kerja aktif tak transitif
Kata kerja aktif
P
Kata kerja
X
(a) Namakan X dan P. [1 markah]
(b) Kemukakan satu contoh ayat yang mengandungi kata kerja X dan P.
[2 markah]
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

3.
Namakan jenis kata tugas yang terdapat dalam ayat-ayat di atas. [2 markah]
i. Mereka sedang mengemaskan pakaian.
ii. Tempat tinggal mereka agak terpencil.
iii. Ali mengulang kaji pelajaran sejak awal pagi.
iv. Pemburu itu memperoleh beberapa ekor burung.
4. Nyatakan bentuk kata bagi setiap kumpulan perkataan yang berikut. [2 markah]
Contoh
Bentuk kata
i
Garis kasar
Batu loncatan
………………………………………………………
ii
Keberanian
Bersedia
………………………………………………………

5. (a) Apakah perbezaan antara frasa dengan klausa? [1 markah]
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
(b) Kemukakan dua contoh frasa dan dua contoh klausa. [2 markah]
………………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………

6. (a) Nyatakan dua perbezaan antara ayat tunggal dengan ayat dasar. [2 markah]
………………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
(b) Kemukakan satu contoh ayat tunggal dan satu contoh ayat dasar. [1 markah]
………………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………..
7.
i. Limah bersandar sambil menonton televisyen.
ii. Zainal memasang langsir surau yang baru dibina.
(a) Namakan bentuk ayat di atas. [1 markah]
(i) ………………………………………………………………………………………………………..
(ii) ………………………………………………………………………………………………………..
(b) Mengapakah ayat di atas dikatakan bentuk tersebut? [2 markah]
(i) ……………………………………………………………………………………………………..
(ii) ……………………………………………………………………………………………………

8.
Namakan jenis ayat majmuk di atas. [2 markah]
9. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [9 markah]
Golongan belia hendaklah merebut peluang yang tersedia untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing. Selain dari menceburkan diri dalam bidang perniagaan, golongan ini boleh mempelajari kemahiran dalam pelbagai bidang. Pemimpin negara selalu menyatakan yang negara ini banyak menyediakan program tertentu, khusus untuk generasi muda ini. Pengetahuan dwi-bahasa juga amat penting untuk membolehkan golongan ini bersaing di pasaran pekerjaan.

Soalan Ramalan Pembuatan keputusan penggal 2 STPM 2013

1. Jelaskan jenis keputusan yang dibuat oleh seorang pengurus  (6)

Pengurus membuat dua jenis keputusan iaitu
a. Keputusan rutin. Keputusan rutin ialah keputusan untuk menyelesaikan masalah yang kerap berlaku dan boleh dijangka. Misalnya pekerja ponteng kerja. Pengurus boleh mengambil tindakan berdasarkan polisi dan dasar syarikat seperti mengeluarkan surat amaran.

b. Keputusan tidak rutin iaitu keputusan untuk menyelesaikan masalah yang jarang berlaku dan tidak boleh dijangka seperti gangguan bekalan bahan mentah kerana cuaca buruk. Pengurus terpaksa memikirkan cara penyelesaian yang terbaik seperti menutup kilang untuk beberapa hari atau mendapatkan bekalan daripada sumber lain.

hello ladies and gentlement thanz for visit my blog…for any question or want some note for stpm you can add me on my facebook Mohamad Zaid Shahari.Thank you

Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun awal manusia.

A. Pengenalan

1. Konsep tamadun

Ø Definisi tamadun

Ø Ciri-ciri tamadun secara umum

2. Latar belakang zaman prasejarah akhir @ zaman neolitik

3. Latar belakang tamadun

ISI:

Faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun awal manusia (7 isi X 3 markah)

1. Kemajuan dan pencapaian manusia pada zaman Neolitik

Ø Pencapaian dari segi ekonomi, pemikiran dan sosialisasi pada zaman Neolitik membawa kepada kemunculan tamadun.

Ø Muncul petempatan kekal yang membentuk kampung-kampung.

Ø Telah mencapai kemajuan dari segi ekonomi dengan berlakunya Revolusi Pertanian

Ø Telah melahirkan sistem kepercayaan yang semakin kompleks.

2. Berlaku proses urbanisasi @ perbandaran

Ø Proses urbanisasi di sesuatu tempat berikutan adanya kegiatan pertanian, penenunan dan penternakan binatang.

Ø Manusia juga cuba hidup bersatu dengan tujuan untuk menghadapi cabaran fizikal.

Ø Berlaku perkembangan daripada sebuah kampung ke bandar dan negara kota.

Ø Ekoran daripada berlakunya pertambahan penduduk di sesuatu kawasan seperti di kampung, berlakunya pembukaan tanah-tanah baru untuk penempatan dan kegiatan pertanian.

Ø Urbanisasi ini membawa kepada pengasasan beberapa tamadun lain.

3. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi

Ø Kemajuan dalam bidang ini dapat dilihat apabila manusia mula menggunakan logam seperti besi, tembaga dan gangsa

Ø Penciptaan pelbagai alat dan teknologi pertanian seperti tajak dan terusan menyebabkan pertanian diusahakan dengan meluas.

Ø Penghasilan alatan tembikar dan penciptaan roda membawa kepada perubahan cara hidup masyarakat.

Ø Berlaku penciptaan kapal yang lebih besar dan layar kapal.

Ø Kesannya, hasil pertanian meningkat dan wujudnya aktiviti perdagangan.

4. Peranan Sungai

Ø Kemunculan tamadun awal di lembah-lembah sungai menunjukkan kepentingan sungai sebagai salah satu faktor perkembangan tamadun.

Ø Sungai membantu kegiatan pertanian dari segi perairan, kesuburan tanah dan sebagai sumber bekalan makanan.

Ø Sungai juga berperanan sebagai jalan pengangkutan yang penting.

Ø Kesannya; terdapat banyak tamadun muncul di lembah-lembah sungai seperti di lembah sungai Nil, Tigris-Euprates, Indus dan Hwang Ho.

5. Faktor angin

Ø Angin memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun.

Ø Angin membantu pelayaran dan pengangkutan di antara satu tamadun dengan tamadun yang lain.

Ø Hal ini membolehkan wujudnya perdagangan jarak jauh untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.

Ø Perdagangan memajukan kebudayaan kerana berlakunya pertukaran fikiran dan maklumat.

6. Faktor bahasa dan tulisan

Ø Bahasa dan tulisan menjadi asas kepada kemajuan pengetahuan dan membantu melicinkan urusan pentadbiran dan ekonomi.

Ø Tulisan-tulisan pada zaman Neolitik menjadi asas kepada perkembangan sistem tulisan dalam tamadun awal.

Ø Fungsi tulisan adalah untuk merekod kegiatan ekonomi, keagamaan dan harta kuil serta perundangan.

Ø Contoh; tulisan cuneiform dalam tamadun Mesopotamia banyak digunakan untuk merekod tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran dan tulisan hieroglif dalam tamadun Mesir untuk merekodkan keagamaan.

Ø Kesannya, penghasilan karya sastera seperti epik Gilgamesh dalam tamadun Mesopotamia, Epik Mahabrata dan Ramayana dalam tamadun Indus.

7. Berlaku Penciptaan roda

Ø Penciptaan roda oleh masyarakat Neolitik di Sumeria turut mempengaruhi kemunculan tamadun.

Ø Teknologi roda kemudiannya digunakan sebagai peroda untuk membuat tembikar, sebagai kincir dalam pengairan dan untuk menarik pedati (kereta kuda) bagi tujuan membawa hasil pertanian ke pelabuhan

Ø Hal ini membantu memajukan tamadun masyarakat tersebut.

Ø Roda juga mempercepat perkembangan industri tangan seperti pembuatan tembikar dan tekstil.

Ø Roda juga menggalakkan pertumbuhan perdagangan antara tamadun seperti tamadun Mesopotamia, Mesir dan Mohenjo-Daro.

8. Muncul Hieraki masyarakat @ Organisasi Sosial

Ø Hal ini dapat dilihat kepada kewujudan golongan pemerintah dengan golongan diperintah.

Ø Kewujudan organisasi sosial mewujudkan pengkelasan dalam masyarakat yang mempunyai peranan masing-masing.

Ø Contoh : Raja berfungsi sebagai pemerintah, pembesar berfungsi membantu raja dalam pentadbiran, petani untuk mengusahakan sumber makanan dan hamba pula untuk menjalankan kerja-kerja buruh.

Ø Membolehkan pentadbiran dapat dijalankan dengan lebih cekap dan membolehkan kemajuan dalam bidang politik dan sosial.

9. Wujud Pembahagian tugas @ Pengkhususan Kerja

Ø Pembahagian tugas dalam aktiviti pertanian dalam zaman prasejarah menyebabkan berlakunya pengkhususan kerja.

Ø Hal ini membolehkan setiap anggota masyarakat mempunyai tugas yang tetap.

Ø Keadaan ini mempercepat lagi proses kemajuan.

Ø Bentuk-bentuk kerja yang wujud dalam tamadun awal ialah askar, petani, tukang, peladang dll.

Ø Contoh, golongan artisan mewujudkan pengkhususan kerja seperti tukang kayu, bina kuil, bina piramid, membina terusan dan lain-lain.

10. Pembentukan Sistem agama dan kepercayaan

Ø Perkembangan sistem kepercayaan pada zaman prasejarah terutama pada zaman Neolitik telah pun mempengaruhi corak perkembangan sistem kepercayaan yang lebih kompleks.

Ø Agama dan kepercayaan adalah penting dalam menentukan tatacara kehidupan dalam masyarakat.

Ø Agama penting dalam memupuk perpaduan dalam masyakarat tamadun awal.

Ø Agama sebagai asas sistem pendidikan.

Ø Contoh, dalam tamadun Indus, kitab veda telah menjadi rujukan dalam sistem pendidikan.

Kesimpulan

1. Secara keseluruhannya, sesuatu tamadun itu menunjukkan bentuk yang formal dan berorganisasi.

2. Urbanisasi telah membawa kepada pengurangan kebebasan individu dan hidup dalam suatu rangka kawalan.

3. Akibat urbanisasi, maka sesuatu yang berbentuk susun lapis yang berdasarkan kekuasaan, kelahiran dan kekayaan benda telah terbentuk

  • 1. PENGANTAR SAINS SUKAN
  • 2. 1.1 PENGERTIAN DAN SKOP SAINS SUKAN DEFINISI DAN KONSEP SUKAN – Hawkey ( 1993 ) mendefinisikan sukan sebagai aktiviti manusia yang melibatkan organisasi yang khusus dan laksanaan undang-undang. -Aktiviti ini melibatkan pertandingan atau cabaran bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. -Kesimpulannya sukan ialah aktiviti fizikal manusia yang berunsurkan pertandingan dan tertakluk pada peraturan atau undang-undang yang telah diinstitusikan.
  • 3. Kategori Sukan Dasar Sukan Negara Malaysia 1988, mengkategori sukan kepada dua bahagian utama iaitu “Sukan Untuk Semua” dan “Sukan Prestasi Tinggi”. Mull et al. (1997) pula membahagikan kedua-dua bahagian di atas kepada empat kategori Sukan untuk semua *Sukan dengan pendidikan *Sukan rekreasi Sukan Prestasi Tinggi *Sukan amatur *Sukan profesional
  • 4. 1.2 Konsep Sains Sukan Sains Sukan Tulen Sains Sukan juga merupakan gabungan beberapa disiplin yang berteraskan sains Penggabungan disiplin ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi sukan Contoh komponen sains sukan tulen ; Sosiologi Sukan, Anatomi & Fisiologi, Fisiologi Senam, Psikologi Sukan, Pemakanan Sukan dan Biomekanik Dll. B. Sains Sukan Gunaan Aplikasi sains dalam aktiviti sukan Mengaplikasikan biomekanik dalam sukan. Contoh : Lompat jauh ( biomekanik ) – Faktor ketinggian seseorang – Gaya lompatan
  • 5. B) ciri perbezaan dan persamaan skop antara: pendidikan jasmani dengan sains sukan Swanson dan Massendale(1997) menjelaskan bahawa Sains Sukan bermula daripada pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani bermula sebagai satu bidang ilmu yang memberi fokus kepada aktiviti fizikal yang menjadi elemen bagi meningkatkan tahap kesihatan Bidang ini berkembang secara perlahan-lahan dan menjadi satu bidang yang melibatkan disiplin-disiplin sains. Sains Sukan juga merupakan gabungan beberapa disiplin yang berteraskan sains. Antaranya disiplin perubatan sukan, anatomi, fisiologi, psikologi, biomekanik dan pemakanan sukan. Penggabungan disiplin ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi sukan.
  • 6. C. Sains Sukan Generik Sains Sukan untuk kecergasan – diprogramkan untuk menggalakan penyertaan dan mendatangkan rasa gembira dikalangan peserta juga membantu membina aktiviti sosial yang sihat lagi menyihatkan.Bersukan memberikan kecergasan, sementara kecergasan mencetus kecerdasan. Sains Sukan untuk prestasi tinggi – Sukan untuk kecemerlangan bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlet pada peringkat tertinggi. Sains untuk massa Sukan – bertujuan untuk mengekal dan meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan anggota masyarakat.
  • 7. D. Matlamat Sains Sukan Dari Segi : Pertumbuhan organan Pertumbuhan fizikal Pertumbuhan otot-saraf serta kemahiran Pertumbuhan emosi dan sosial Pembangunan insan dan negara Semua ini berdasarkan mata pelajaran yang terkandung dalam Sains Sukan seperti anatomi dan fisiologi, psikologi sukan, pengurusan sukan , sosiologi sukan,pemakanan sukan dan perubatan dalam sukan .
  • 8. E. Sains Sukan sebagai disiplin akademik dan profession. Disiplin Akademik: skop bidang yang luas ( pengetahuan / ilmu, generalisasi, prinsip ) Khusus kepada matlamat : skop dipersetujui oleh pakar bidang. Profesion : melibatkan bidang minat / keprihatinan manusia yang spesifik, pakar yang berkualiti tinggi dan mendapat pengiktirafan global. Skop bidang : boleh dikaji .
  • 9. 1.3 Hala tuju Sains sukan untuk pelbagai kumpulan manusia Sains Sukan untuk wanita Perbezaan prestasi sukan wanita berbanding lelaki Perbezaan rangka tubuh Faktor fizikal Saiz dan kualiti otot Keupayaan berlatih dan menahan sakit Faktor fisiologi Haid dan kehamilan Pemakanan dan kecederaan Penglibatan wanita dalam sukan Faktor menghalang penglibatan wanita dalam sukan
  • 10. B. Sains Sukan untuk lelaki Perbezaan prestasi sukan lelaki berbanding wanita Perbezaan rangka tubuh Faktor fizikal Ketahanan Binaan sendi Saiz dan kualiti otot Keupayaan berlatih dan menahan sakit Faktor fisiologi Pemakanan dan kecederaan Penglibatan lelaki dalam sukan Faktor menghalang penglibatan lelaki dalam sukan
  • 11. C. Sains Sukan untuk kumpulan kesihatan dan kecergasan terbahagi kepada tiga iaitu : Tahap pertengahan Tahap rendah Tahap tinggi
  • 12. D. Sains Sukan untuk sukan massa Bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan anggota masyarakat Merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi yang berbentuk fizikal dan sukan spontan yang diuruskan untuk tujuan menggalakkan penyertaan yang lebih meluas Diwujukan bukan semata-mata untuk pertandingan pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa
  • 13. E. Sains Sukan untuk kanak-kanak Pendedahan awal untuk penjagaan kesihatan dan peningkatan tahap kecergasan. F. Sains Sukan untuk populasi istimewa Sukan untuk golongan kurang upaya.
  • 14. G. Sains Sukan untuk warga emas Peningkatan kesihatan mereka H. Sains Sukan untuk semua dan dan atlet berprestasi tinggi Untuk meningkatkan prestasi atlet pada peringkat tertinggi
  • 15. Implikasi pengertian sukan Amatur Prestasi tinggi Sukan Massa Orang kurang upaya Ultra / elit
  • 16. 1.4 Aplikasi Sains Sukan Disiplin akademik sukan Biomekanik – satu bidang menggunakan prinsip saintifik, mekanik dan fizik untuk memahami pegerakan tubuh badan manusia dan perlakuan menggunakan alatan sukan. Fisiologi senaman – satu bidang untuk menjalankan sesuatu kaedah senaman yang sesuai tentang tubuh manusia. Kinesiologi – kajian mengenai kaedah penilaian pergerakan tubuh badan manusia. Lakuan motor – bidang pengajian pergerakan manusia yang melibatkan sistem mekanisma biologi dan berperanan menghasilkan lakuan motor.
  • 17. Psikologi sukan – mengkaji tingkah laku individu dalam sukan. Sosiologi sukan – bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan. Kejurulatihan sukan –meningkatkan tahap pengetahuan dan professional jurulatih berdasarkan pengetahuan sains sukan. Pemakanan sukan – aplikasi strategi pemakanan untuk menggalakan kesihatan , mengadaptasikan pemakanan kepada latihan, mengurangkan masa pemulihan selepas latihan serta meningkatkan prestasi optimum semasa latihan dan bertanding.
  • 18. Kecederaan sukan – membantu mengenalpasti kecederaan dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak dari ditimpa kemalangan serta pemulihan selepas kecederaan. Pengurusan sukan – satu usaha untuk mengelola atau menyelesaikan satu tugasan secara bersama dengan orang lain, sekumpulan orang atau dengan beberapa kumpulan semata-mata untuk mencapai objektif sesebuah organisasi. Pemakanan sukan – aplikasi strategi pemakanan untuk menggalakan kesihatan , mengadaptasikan pemakanan kepada latihan, mengurangkan masa pemulihan selepas latihan serta meningkatkan prestasi optimum semasa latihan dan bertanding.
  • 19. Pemakanan sukan – aplikasi strategi pemakanan untuk menggalakan kesihatan , mengadaptasikan pemakanan kepada latihan, mengurangkan masa pemulihan selepas latihan serta meningkatkan prestasi optimum semasa latihan dan bertanding. Kecederaan sukan – membantu mengenalpasti kecederaan dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak dari ditimpa kemalangan serta pemulihan selepas kecederaan. Pengurusan sukan – satu usaha untuk mengelola atau menyelesaikan satu tugasan secara bersama dengan orang lain, sekumpulan orang atau dengan beberapa kumpulan semata-mata untuk mencapai objektif sesebuah organisasi. Rekreasi dan kesenggangan – program sukan yang menitikberatkan penyertaan atas pilihan sendiri supaya peserta berasa seronok, puas hati dan dapat bersosial
  • 20. B. Aplikasi Sains Sukan dalam konteks Sekolah Institut Pengajian Tinggi Institusi Penyelidikan dan Perundingan Sukan prestasi tinggi di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa Kecergasan dan kesejahteraan Pembangunan insan Pembangunan negara
  • 21. SEKIAN TERIMA KASIHSynapseEngineering?v=RD2ulTzLfgQ
Feb
3

TIPS STPM

TEKNIK MENGULANG KAJI DAN STRATEGI MENJAWAB STPM SEJARAH YANG BERKESAN

Format Peperiksaan Sejarah 1 & 2

KERTAS 1

Bahagian A (Tamadun Dunia) Jawab 2 soalan

Bahagian B ( Tamadun Islam ) Jawab 2 soalan

KERTAS 2

Bahagian A ( Sejarah Malaysia ) Jawab 2 soalan

Bahagian B ( Asia Tenggara, Asia Selatan & Asia Timur )

Calon-calon perlu menjawab dua soalan sahaja daripada setiap bahagian, bermakna empat soalan yang perlu dijawab dalam setiap kertas.

TAJUK – TAJUK PENTING. KERTAS 1

Bahagian : A

1.Manusia & Masyarakat

2.Pemerintahan & Pentadbiran

3.Ketahanan & Pertahanan

4.Pendidikan

Bahagian : B

1. Manusia & Masyarakat

2. Pemerintahan & Pentadbiran

3. Ketahanan & Pertahanan

4.Sistem Ekonomi

5. Pendidikan

TAJUK – TAJUK PENTING KERTAS 2

Bahagian A & Bahagian B

1.Masyarakat tempatan

2.Tranformasi masyarakat

3. Nasionalisme dan pembentukan masyarakat

MEMBACA BAHAN

Ada dua peringkat pembacaan

Peringkat pertama:

Meneliti dan menganalisis fakta

Peringkat kedua:

Menentukan kesahihan & Menambah fakta baru

NOTA RINGKAS.

Menulis nota ringkas Dengan menggunakan bahasa yang

mudah difahami dan boleh dibawa ke mana-mana serta memudahkan untuk mengingati fakta

ANALISIS SOALAN – SOALAN

  • Membuat analisis soalan tahun lepas
  • Mengkaji soalan yang pernah keluar
  • Tentukan tajuk yang penting & berikan penumpuan terhadap tajuk penting.

MEMBUAT LATIHAN.

Latihan hendaklah mengikut format yang sebenar.

Latihan begini membantu pemahaman penulisan dan bentuk tulisan calon.

Calon akan mempunyai kemahiran

Sesuatu kertas peperiksaan akan merangkumi aras semua kesukaran iaitu:

  • Menguji pengetahuan
  • Menguji kefahaman
  • Kebolehan & aplikasi.
  • Mensintisis
  • Menilai

Galurkan

Calon perlu mengingatkan peristiwa dengan mengingati peristiwa dengan mengaitkan persoalan apa, di mana, bila, dan sebagainya

Contoh:

Bentuk Pentadbiran & Pemerintahan Negara Islam Terbahagi Dua, Kerajaan Pusat Dan Wilayah. Galurkan Perbezaan Antara Dua Kerajaan Tersebut.

Bincangkan.

  • Memfokuskan satu perkara dengan lebih khusus
  • Memberi hujah dengan lebih terperinci

Contoh:

  • Bincangan Kepentingan Zaman Neolitik kepada perkembangan tamadun manusia

Huraikan, jelaskan, perihalkan & analisiskan

  • Memfokuskan kepada sesuatu perkara sahaja tetapi dilihat dari pelbagai aspek
  • Memerlukan kretiviti yang tinggi bagi menghurai & mentafsir

Contoh:

  • Huraikan pengaruh pendidikan islam di timur tengah terhadap sistem pendidikan di tanah melayu

Jelaskan ciri-ciri utama masyarakat bertamadun dengan merujuk kepada tamadun-tamadun awal seperti mesopotamia, mesir, hwang ho &mohenja daro-harappa.

Sejauh manakah, nilaikan & bagaimanakah…

  • Menyatakan padangan tentang sesuatu pekara.
  • Memberi penilai kepada soalan yang diajukan .

Contoh:

  • Sejauh manakah penghijaran Nabi Muhammad ke Madinah telah membawa kejayaan yang besar kepada perkembangan islam.
  • Nilaikan kepentingan penjelajahan dan penemuan Christopher Columbus dan Vasco Da Gama kepada perkembangan ekonomi
  • Dengan merujuk Empayar Maurya di India dan Empayar Islam di Arab, jelaskan kedua-dua pemerintahan mempertahankan empayar masing-masing

Apakah

  • Membuat Penilaian Dengan Memberikan Hujah Terhadap Sesuatu Perkara.
  • Menyatakan Sesuatu Sebab Atau Perkara.

Contoh;

  • Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Istilah Ummah? Nyatakan Langkah – Langkah Yang Diambil Oleh Nabi Muhammad Untuk Menyatukan Ummah Di Madinah.

Bandingkan

  • Membuat perbandingan antara dua atau lebih perkara.
  • Contoh:
    • Bandingkan peranan agama dalam proses memperkukuhkan atas kekuatan pemerintah islam antara kesultanan melayu Melaka dengan zaman Khulafa Ar-Rashidin

Bersetujukan , apakah pendapat & adakah anda bersetuju

  • Menyatakan pendirian terhadap sesuatu pertanyaan sama ada bersetuju atau sebaliknya.
  • Contoh:
    • Bersetujukan Anda Bahawa Piagam Madinah Telah Membentuk Perpaduan Dikalangan Umat Madinah

LANGKAH – LANGKAH MENJAWAB SOALAN

LANGKAH PERTAMA

Lihat muka pertama kertas soalan dengan baik dan baca arahan soalan dengan teliti dan cermat.

Perhatikan apa yang tercatat di muka hadapan.

LANGKAH KE-2

Baca soalan setiap bahagian dengan cermat dan fahamkan persoalan yang dikemukakan soalan tersebut

LANGKAH KE-3

Tandakan soalan yang hendak dijawab mengikut arahan soalan

LANGKAH KE-4

Baca soalan sekali lagi. Fahamkan bentuk soalan dan persoalannya dengan cermat supaya dapat menjawab mengikut apa yang dikenendaki

LANGKAH KELIMA

Soalan tidak Perlu Disalin Pada Kertas Jawapan. Apa Yang Penting Ialah Tandakan Bahagian Dan Nombor Soalan Yang Dijawab Itu Pada Setiap Kertas Jawapan

LANGKAH KEENAM

Jawab soalan yang mudah dahulu diikuti soalan yang berikutnya.

Bahagikan masa yang sama panjang mengikut soalan Termasuk masa yang digunakan untuk membaca arahan.

LANGKAH KETUJUH

Merangka jawapan sebelum menjawab atau fakta disusun rapi dan tidak terkeluar dari kehendak soalan.

LANGKAH KE-8

Jawapan Hendaklah Terang Serta Mudah Difahami Oleh Pemeriksa.

LANGKAH KE-9

Jawapan hendaklah berkaitan dan tidak berulang fakta.

Panjang pendek jawapan lebih kurang 40 minit.

LANGKAH KE-10

Dalamjawapan gunakan nas-nas, petikan pendapat ahli sejarah, nukilan, contoh-contoh yang berhubungkait dan berkaitan dengan persoalan dalam soalan.

LANGKAH KE-11

Gunakan bahasa yang baik, ayat yang tidak berulang dan tidak tergantung, huraian tepat dan padat dengan menggunakan istilah sejarah yang tepat

LANGKAH KE-12

  • Setiap jawapan hendaklah mengandungi tokoh, tahun, peristiwa dan tempat.
  • Nama tokoh, tahun, peristiwa dan tempat hendaklah betul.
  • Jika tidak mengingati tahun, boleh ditulis menggunakan abad : 1870-an

LANGKAH KE-13

  • Jangan jawap dalam bentuk point form .
  • Jawapan point form tidak dapat berdiri sendiri
  • Sekiranya masa tidak mencukupi tulis jawapan secara ringkas dan kasar

LANGKAH KE-14

Jawab empat soalan sahaja seperti yang dikehendaki format.

Format

Jawapan

Bahagian

Pendahuluan

Bahagian

Isi

Bahagian

Penutup

BAHAGIAN PENDAHULUAN

Memberi gambaran tentang latarbelakang tajuk soalan atau gambaran umum berkenaan tajuk soalan. Jangan buat pendahuluan terlalu panjang.

CONTOH PENDAHULUAN

  • Zaman pra – sejarah dikatakan wujud sejak pada tahun 5000 sm. Zaman pra sejarah dikatakan zaman permulaan manusia hidup atau mendiami kawasan dunia. Masyarakat pra sejarah awal dikatan wujud pada 500,000 sm hingga 30, 000 sm yang dikenali sebagai zaman Paleolitik dan Neolitik. Manakala zaman pra sejarah awal pula dikatakan wujud pada 7000 – 3000 sm yang dikenali sebagai zaman Neolitik. Ahli kaji purba dapat membezakan masyarakat pra sejarah melalui pelbagai kaedah atau cara.

BAHAGIAN ISI

  • Bahagian Yang Paling Penting.
  • Isi-isi Diatur Mengikut Perenggan.
  • Huraian Fakta Tertakluk Kepada Persoalan Pokok.
  • Huraian Fakta Dalam Isi Tertakluk Kepada:
    • Pokok Persoalan.
    • Kehendak Soalan.
    • Jangka Masa

CONTOH KAWAPAN YANG TERLALU UMUM

CONTOH SOALAN

Dengan memberi contoh tamadun awal manusia, bincangkan tujuan dan sebab paerkembangan institusi pendidikan formal:

Persoalan pokok : Instituisi pendidikan formal.

Bentuk soalan : Perbincangan.

Jangka waktu : Selepas tamadun awal manusia.

Dalam Perkembangan Tamadun Manusia Terdapat Pelbagai Objektif Yang Menggariskan Pembentukan Institusi Pendidikan Yang Formal Seperti Tempat Ibdat, Rumah, Guru, Sekolah, Kolej Dan Universiti Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran. Bincangkan Objektif – Objektif Tersebut Dengan Memberikan Contoh – Contoh Daripada Tamadun Awal.

Kenyataan soalan

Kehendak soalan

Pokoksoalan

Ruang masa

Nilaikan sumbangan Marco Polo dan Ibnu Khaldun kepada perkembangan tamadun manusia

Ruang masa

Huraikan perkembangan Instituisi Wazir dari zaman rasullah hingga zaman kerajaan Abbasiyah .

Persoalan pokok : Instituisi Wazir.

Bentuk soalan : Huraian.

Jangka masa : Zaman Nabi Muhammadhingga kejatuhan kerajaan Abbasiyah .

Rumusan atau resolusi yang

konkrit berkenaan dengan

fakta yang diberikan

calon boleh memberi

pandangan. Penutup tidak perlu panjang lebar. Hanya satu perenggan sahaja.

Kelemahan & kesilapan calon

  • Tidak tepat atau kena dalam memilih soalan yang susah atau sukar difahami
  • Pendahuluan yang tidak menentu dan panjang berjela-jela
  • Fakta yang dikemukan tidak tepat

Bincangkan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957-1963.

Pengenalan
Sistem pemerintahan Tanah Melayu selepas merdeka berkait rapat dengan konsep demokrasi dan perlembagaan. Secara amnya demokrasi bermaksud rakyat mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kerajaan yang akan memerintah sebuah negara.

Isi

1.Kerajaan Demokrasi Berparlimen.

i)Raja Berperlembagaan

Yang Dipertuan Agong/ Timb. YPDA

Cara Pemilihan
* Dipilih oleh Majlis Raja- Raja yg terdiri drpd 9 org sultan
* Dipilih secara bergilir-gilir drpd 9 org sultan Melayu
* Pemilihan dibuat secara pengundian yg dijalankan secara sulit
*memegang jawatan selama 5 th
* YDPA bertindak atas nasihat PM dan Jemaah menteri

ii) Ketua Negeri

Sultan/ Raja/ Yg Dipertua Negeri/ YG Dipertuan Besar

Cara Pemilihan

* Sultan atau raja mewarisi tahta kerajaan secara turun temurun dan memerintah
sepanjang hayat baginda
* Cara pemilihan seorang raja adalah sama iaitu sultan yag mangkat akan diganti denga
anak baginda yg sulung kecuali negeri sembilan ada Perak
* di negeri sembilan Yg DiPertuan Besar dipilih oleh Undang Berempat itu Undang Sg
Ujong , Jelebu, Johol dan Rembau.
* Di Perak penggantian adalah secara bergilir, apabila sultan mangkat Raja Muda akan
menjadi Sultan .
* Bagi Yg Dipertua Melaka,P. Pinang Sabah dan Sarawak adalah dilantik oleh yang
YDPA. Dilantik selama 4 th boleh meletakkan jawatan mengikut usul Dewan Udgan
Negeri yg berkenaan.

iii)Perlembagaan

Tujuan dan Kandungan Perlembagaan
* Tujuan diadakan perlembagaan adalah untuk memantapkan Udg2 , memberi jaminan dan perlindungan kpd rakyat dan menentukan tjb setiap warganegara terhadap bangsa dan Negara.
* Kandungan perlkwmbagaan mengandungi 181 perkara yg menrangkumi kuasa kerajaan persekutun dan negeri, bentuk dan tugas YDPA, Parlimen, dan Jemaah Menteri serta dasar-dasar seperti hak asasi rakyat , kerakyatan hak istimewa org Melayu, ag resmi, bhs Keb dan pindaan perlembagaan.

iv)Parlimen

Fungsi Parlimen
* Parlimen ialah badan perundangan Malaysia yg berfungsi mengubal undang2 bagi persekutuan Makaysia
*Perlimen mempunayi kuasa membuat udng2 mengenai pelabagai perkara spt pertahjnan, hal ehwal luar negeri, keselamatan Negara, jenayah, perdagangan dan perindustrian, kewangan. Perubatan dll
* Parlimen merupakan tempat wakil rakyat diberi peluang membincang sesuatu perkara yg dicadangkan. Mrk boleh mengkritik cdgan2 yg dikemukan dan menteri2 bertjb menjelaskan cdgn2 kerajaan

Kesimpulan.

Sistem Kerajaan demokrasi berparlimen merupakan asatu bentuk pemerintahan yg unit kerana ia mampu membentuk kesejahteraan dan keharmonian negera. Selepas 1963 sistem pemerintahan ini masih diamalkan di Msia dan sehingga kini perjalanan sistem ini masin terpelihara.

Pada 3 Jun 1957, satu perhimpunan menyambut ketibaan Rombongan Kemerdekaan ke London yang merundingkan hal berkaitan dengan Rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan di Lapangan Terbang Tentera Udara, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Lebih dua ribu orang telah berkumpul bagi menyambut kepulangan seramai tujuh orang anggota rombongan yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Anggota rombongan ini terdiri daripada tiga orang wakil daripada pihak kerajaan dan tiga lagi wakil daripada Raja-raja Melayu. Antara yang turut serta dalam rundingan yang berlangsung selama lapan hari di Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London ini ialah Encik Ong Yoke Lin, Encik V.T Sambanthan, Encik Mohamed Khir Johari dan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tuan Haji Mustapha Al-Bakri. Hasil rundingan yang diadakan ini satu persetujuan telah dicapai dan membawa kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (lima dari kiri) mengetuai delegasi ke London untuk rundingan terakhir Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. (Dua dari kiri): Encik Ong Yoke Lin, dan (Paling kanan): Encik Mohamed Khir Johari di Bombay pada 9 Mei 1957.

Kawasan Kajian: Mesopotamia, Mesir, Arab, Graeco-Roman, India, China, Melayu dan Barat
Aspek yang dikaji:

3.1 Konsep: Konsep Ketahanan Dan Konsep Pertahanan

Berdasarkan contoh amalan dalam Tamadun Mesopotamia, Mesir, Arab, Graeco-Roman, India, China, Melayu dan Barat tunjukkan bagaimana ketahanan diri dan fizikal dicapai melalui latihan dan amalan menguatkan mental dan psikologi dan fizikal serta peralatan senjata tentera (Tamadun Yunani – melalui sukan/olimpik, Rom – gladiators, lumba kuda dll)

3.2 Organisasi

Tunjukkan jenis organisasi yang wujud di dalam satu-satu tamadun dalam aspek pertahanan (Rom – ‘legions’, Viking – perahu, Norman – ‘knights’ dll , Srivijaya – Orang Laut)
Tunjukkan taktik dan strategi pertahanan dan peperangan ( Rom – testudo (kura-kura), China – (The Great Wall)Huraikan ciri-ciri tentera dalam satu-satu tamadun (Rom –‘legions’, Norman –‘knights’, tentera bergajah dll)

3.1 Konsep

Ketahanan: Ketahanan ertinya ketabahan , kecekalan dan kesabaran dalam menghadapi sebarang ancaman dan dugaan serta tidak mudah luntur dalam perjuangan. Ketahanan terdiri daripada ketahanan rohani/spiritual dan ketahanan fizikal. Ketahanan rohani/spiritual meliputi aspek-aspek agama dan moral. Ketahanan fizikal merangkumi aspek-aspek lahiriah termasuk pembinaan jasmani dan ketenteraan. Ilmu pengetahuan, pengalaman, kecekapan dan pelaksanaan yang betul merupakan asas-asas yang penting dalam pembinaan ketahanan fizikal dan rohani bagi sesebuah masyarakat dan negara. Ketahanan rohani dan fizikal mestilah dibina secara seimbang dan sepadu. Ketahanan diri, masyarakat dan negara merupakan persediaan yang wajar dan perlu diambil perhatian yang serius bagi melaksanakan tahap kedua iaitu pertahanan.

Pertahanan :P ertahanan ialah perihal mempertahankan diri, masyarakat, agama dan negara daripada serangan musuh Membela golongan yang lemah, teraniaya dan dizalimi juga termasuk dalam erti pertahanan Mempertahankan hak dan tanggungjawab memerlukan pengorbanan yang besar dari segi harta,, masa, jiwa dan nyawa.

3.2 Organisasi

Tamadun Mesopotamia

Orang Sumeria adalah orang yang pertama di kalangan manusia awal yang mengetahui tentang taktik-taktik peperangan walaupun mereka bersifat.kemanusiaa, bijak membuat ramalan berdasarkan agama dan tidak mempunyai cita-cita berperang yang bersungguh-sungguh. Mereka berperang dengan cara berbaris-baris dan berdiri rapat-rapat. Senjata mereka ialah tombak dan lembing dan memakai topi kulit.Pemerintah membina tembok pertahanan untuk mencegah pencerobohan musuh dan melindungi penduduknya. Dalam masa-masa mereka berhenti bertelingkah sesama sendiri, orang Sumeria ini bersatu pula memerangi puak nomad yang sentiasa menyerbu dataran-dataran subur dan menjadi ancaman besar kepada peradaban Sumeria. Mereka bukan sahaja diganggu oleh puak yang berpindah randah bahkan juga oleh orang Semitik yang tinggal di Akkad (kawasan yang terletak di bahagian utara dataran Sinnar). Orang Semitik berperang dengan cara terbuka, menggunakan panah dan buat beberapa abad tidak dapat ditandingi oleh orang Sumeria.Permusuhan dan peperangan sering berlaku di antara negtara-negara kota di Mesopotamia atas sebab tuntutan air dari sungai yang menjadi punca kekayaan. Contohnya ialah peperangan yang berlaku antara negara kota Ur dan Urech adalah kerana hendak menguasai hilir Sungai Euphrates. Akibat daripada peperangan demi peperangan di antara negara-negara kota, maka berlakulah pertukaran pemerintah, kemusnahan negara-negara kota dan keruntuhan tamadun Mesopotamia. Pada tahun kira-kira 2750SM, Raja Sargon dari Akkadia telah menguasai tamadun Mesopotamia. Beliau menguasai semua negara kota dan meluaskan empayarnya dari Elam di Timur hingga ke Laut Mediterranean. Pada kira-kira tahun 2200 SM sekumpulan orang nomad iaitu Amorites telah menyerang Mesopotamia dan berjaya menawan Babylon. Babylon telah berkembang menjadi sebuah negara kota yang indah, kuat dan masyhur di bawah pemerintahan Hammudrabi (1709SM – 1669SM). Hammurabi telah mendirikan kubu di setiap kota. Kubu-kubu itu dikawal oleh angkatan tentera. Kubu Babylonlah yang paling terkenal di antara kubu-kubu yang dibina.

Tamadun Mesir

Pada zaman empayar Mesir ( Zaman Pertengahan) kira pada tahun 1600 SM – 1000SM iaitu ketika diperintah oleh Amhose, tentera Mesir disusun rapi dan menggunakan pedati kuda yang beroda besar dan bertayar mati yang dibuat dari kulit. Tentera dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bahagian tengah dan bahagian tepi. Serangan menggunakan taktik gerak rusuk.Pada zaman pemerintahan Tutmose, beliau sendiri mengetuai angkatan tentera. Serangan dibuat pada setiap musim bunga menggunakan jalan darat dan laut. Dengan itu menunjukkan Mesir telah mempunyai angkatan tentera darat dan laut. Peralatan yang digunakan oleh Mesir ialah pedang, panah, baju besi dan kuda.

Tamadun Arab

Kegiatan ketenteraan dan peperangan pada zaman Arab pra-Islam merupakan satu profesyen yang dnpandang mulia dan sangat diminati.Setiap kejayaan yang diperoleh dalam satu-satu peperangan boleh membawa kemegahan dan keuntungan yang besar kepada kabilah yang berjaya.Orang-orang Arab telah dilatih dan diasuh berperang sejak kecil lagi kerana peperangan antara kabilah merupakan satu daripada kehidupan mereka. Kaum lelaki memainkan perananyang besar dalam peperangan jika dibandingkan dengan kaum wanita. Meeka dilatih bermain senjata dan bermain kuda.Setiap peperangan biasanya melibatkan seluruh anggota kabilah termasuk perempuan dan kanak-kanak. Seluuruh harta benda dibawa bersama ke medan peperangan. Mereka juga membawa pakar bedah (untuk memotong bahagian yang tercedera). Alat-alat bunyi- bunyian seperti gendang, serunai serta lagu-lagu bersemangat dimainkan dalam perjalanan menuju medan peperangan.Perempuan-perempuan yang ditawan dalampeperangan akan dijadikan gundik atau harta milik sendiri yang boleh diperdagang sebagai hamba abdi. Pihak lelaki bertanggungjawab mempertahankan kaum wanita. Jika mereka gagal, wanita itu akan menjadi milik musuh. Biasanya mereka berusaha memiliki semula wanita mereka dengan cara tebusan atau berperang.
Harta-harta rampasan perang diagih sama rata kepada tentera setelah ¼ daripadanya diperuntukkan kepada ketua kabilah. Ketua kabilah boleh memilih harta rampasan perang yang disukainya, selepas itu barulah diagihkan kepada orang lain. Alat-alat senjata yang digunakan ialah pedang, tombak ,panah dan baju besi. Dari segi jenis tentera, tenteranya terdiri daripada tentera infantri (tentera berjalan kaki) dan tentera berkuda/cavalry (sebahagian kecil sahaja). Tentera berkuda hanya digunakan pada masa peperangan ‘serang lari’.Tentera bergajah juga digunakan iaitu semasa Abrahah menyerang Mekah iaitu semasa Nabi dilahirkan.Dari segi organisasi tentera, ada perbezaan antara tentera golongan Badawi (penduduk padang pasir) dan Hadari (penduduk bandar). Organisasi tentera puak Badawi kurang tersusun dan menggunakan taktik ‘serang lari’, sebaliknya kaum Hadari lebih .tersusun dan lebih banyak dipengaruhi oleh Rom dan Parsi terutamanya bagi Arab Hadari yang tinggal di bahagian utara dan selatan Arab.Contoh organisasi yang tentera Rom dan Parsi yang mereka tiru ialah tentera dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu depan, tengah, belakang, kiri dan kanan yang dikenali sebagai ‘al-khamis’. Ketua kabilah diletakkan dibahagian tengah untuk menjaga keselamatannya.Orang Arab juga mendirikan kota pertahanan. Contohnya, di selatan Arab kota pertahanan dibina di Ghumdam (di Yaman),Hadramaut, Mahrah dan Oman. Di utara Arab dibina beberapa buah benteng pertahanan di kota Petra/Batra’, al-Khawarnaq (berhampiran al-Hirah) dan al-Sadir (di tengah kota al-Hirah).Motif peperangan yang berdasarkan semangat asabiyah (kesukuan) adalah bertujuan untuk mencari nama dan kemegahan. Peperangan boleh berlarutan hingga berpuluh tahun seperti Peperangan al-Basus antara suku Taghlib dan suku Bakr yang memakan maa selama 40 tahun.

Tamadun Greek

Sejarah awal Greek yang bermula d ibeberapa buah pulau termasuk Create , terletak di Laut Mediterranean menjadikan orang greek sebagai tentera laut yang kuat. Malah tuan kapal pertama di Laut Aegean adalah orang Greek – terkenal dengan kecekapan dalam pelayaran.Raja Mycenae (sebuah dari kota di Greek) telah membina sistem berkubu untuk menahan serangan penyerang dari laut. Bandar Troy yang merupakan sebuah daripada negara kora di Greek terkenal sebagai kota berkubu. Istana di bandar Troy dikelilingi tembok setebal 15 kaki dengan pintu pagar yang tinggi dan menara yang kukuh sebagai langkah berjaga-jaga dari sebarang serangan.
Orang Achaean (satu dari kaum Greek) menggunakan senjata tombak untuk mempertahankan diri. Mereka juga menggunakan topi besi yang berjambul bulu kuda, memakai baju besi atau kulit, sarung kaki yang dibuat dari gangsa, perisai besar yang dibuat dari kulit lembu dan gangsa. Ketua angkatan perang menggunakan pedati kecil sebagai kenderaan. Cara berlawan ialah berlawan seorang-seorang antara ketua dengan ketua. Orang biasa tidak mempunyai senjata yang lengkap. Ketika tentera Greek dibawah General Pyrrhus, Greek mempunyai angkatan tentera yang besar dan terlatih. Gajah digunakan sebagai alat kenderaan perang yang disamakan dengan kereta kebal masa ini. Di tanah besar Greek, orang-orang Greek membina benteng/kubu pertahanan bagi menghadapi serangan dari utara.Ketahanan diri dan fizikal orang-orang Greek dicapai melalui latihan olahraga. Latihan dalam olahraga menjadi sebahagian daripada pelajaran seseorang murid di Athens. Berlari, bergusti, melontar lembing dan bertinju yang dipelajari oleh orang Greek semasa di sekolah gusti, kekal menjadi hobi dalam hidupnya. Empat tahun sekali pertandingan olahraga secara besar-besaran yang terbuka kepada semua orang Greek diadakan di Olympia. Pemenang pertandingan disanjung oleh warganegara lain sebagai seorang yang mengharumkan nama kota mereka. Di setiap kota di Greek terdapat sekurang-kurangnya sebuah jimnasium umum untuk aktiviti olahraga dan olahraga merupakan satu bentuk hiburan yang tetap bagi orang lelaki. Athens memang terkenal dengan acara marathonnya. Sukan Olimpik pertama diadakan sebagai menghormati dewa Zeus. Selain membantu melahirkan individu yang cergas, kegiatan sukan ini juga secara tidak langsung menyatukan masyarakat Greek empat tahun sekali dan melupakan perselisihan politik. Sewaktu sukan ini diadakan, gencatan diisytiharkan oleh semua pihak.Di Greek, terdapat perbezaan dari segi ketahanan dan pertahanan antara Sparta dengan Athens. Di Sparta, orang lelaki diberi latihan tentera yang berterusan sejak dari kecil lagi. Bayi yang lemah dibunuh. Kaum wanita diberi kesedaran bahawa tugas utama mereka ialah melahirkan perajurit yang berdarah tulin Sparta. Kaum wanita diberi latihan jasmani bersungguh-sungguh bersama kaum lelaki agar menjadi ibu yang sihat (ini berbeza dengan wanita Greek di tempat lain). Budak lelaki yang berumur 7 tahun ke atas tinggal d iberek di bawah penyeliaan warganegara yang lebih tua dan juga di bawah jagaan pemuda-pemuda Sparta yang bergelar ‘tukang sebat’. Di situlah mereka diajar menanggung kesakitan tanpa rungutan, menguatkan badan dengan jimnastik dan senaman, ditanam dengan semangat suka melawan melalui permainan ganas yang disediakan. Ketika permainan ini dijalankan, banyak juga nyawa terkorban. Bagi menambahkan daya usaha mereka, mereka digalakkan mencuri jiran mereka. Bila mereka dewasa, mereka diwajibkan berkhidmat dalam polis rahsia. Bila mereka berumur 30 tahun mereka mesti berkhidmat sebagai tentera dengan disiplin yang lebih keras. Orang Sparta tidak dibenarkan berniaga atau bertani. Kerja begini diserahkan kepada helot dan warganegara diharamkan memegang wang. Keindahan dan sifat lemah lembut tidak terdapat di kalangan orang Sparta. Mereka memang terkenal sebagai pejuang terbaik. Mereka ditanamkan dengan taat setia yang tidak berbelah bahagi. Orang Sparta hanya bertuan kepada satu iaitu undang-undang mereka. Kekuatan tentera darat mereka jelas apabila mereka berjaya mengalahkan tentera Parsi yang menyerang Greek tahun 480SM.

Di Athens, berkhidmat di dalam tentera adalah satu perkara biasa dalam kehidupan orang Athens. Daripada umur 18 tahun hingga 20 tahun mereka menerima latihan tentera. Pada tahun kedua latihan, mereka dihantar ke kubu-kubu pertahanan sempadan di Attica. Daripada umur 20 hingga umur 60 tahun, mereka boleh dikerah berkhidmat. Pada bila-bila masa sahaja, Dewan Perhimpunan akan membuat keputusan melancarkan perang ke atas jiran yang tidak disukai mereka. Arahan menjalankan kerahan akan dilekatkan di pasar-pasar dan orang-orang lelaki akan segera menyediakan pedang dan perisai, mendapatkan catuan makanan dan melaporkan diri dalam tentera warganegara. Semuanya akan bersedia bergerak dengan segera. Semasa peperangan askar-askar yang terdiri daripada warganegara itu dengan kelengkapan senjata yang berat akan berdiri rapat-rapat dalam satu barisan, perisai bertemu perisai dan mereka akan mara menemui barisan musuh. Cara mereka ialah dengan berdiri berselindung di belakang perisai, menghunusksn tombak dan cuba mengundurkan tentera musuh. ‘Musim’ peperangan akan berakhir dalam bulan April dan Mei kerana mereka perlu pulang untuk menuai hasil tanaman mereka. Inilah bezanya dengan tentera Sparta yang mempunyai tentera tetap. Berbanding dengan orang Sparta, orang Athens terkenal dengan kehandalannya di laut. Kapal perangnya mencecah sebanyak 200 buah dan untuk menempatkannya tidak menjadi masalah kerana Athens telah membina beberapa buah pelabauhan.

Tamadun Rom

Bandar Rom memang dikenali sebagai bandar berkubu. Orang-orang Rom sentiasa bersedia mempertahankan Rom dari serangan luar yang sentiasa sahaja mengancam Rom. Oleh itu, Rom telah membina tembok pertahanan disempadan dan yang paling terkenal ialah Tembok Hadrian yang dibina dari Tyne ke Solway sepanjang 80 batu. Rom terkenal dengan angkatan lautnya. Ini jelas apabila rom melawan Carthage di Pulau Sicily, Rom menggunakan angkatan laut yang besar. Begitu juga ketika meluaskan empayarnya ke Afrika, Rom juga menggunakan kapal laut. Pada zaman pemerintahan Constantine, Rom telah menggunakan meriam sebagai satu daripada alat perangnya. Alatan perang Rom terdiri daripada baju besi, helmet, pedang, tombak, pisau belati, panah, lembing, dan artillery (senjata pemusnah yg. dibuat dari batu dan kayu, seakan bom). Ketahanan diri dan fizikal dicapai melalui beberapa aktiviti seperti bergusti, pertunjukkan gladiator (perlawanan manusia), dan binatang buruan yang liar serta lumba kuda. Gimnasiun dan gelanggang gusti dibina untuk tujuan tersebut. Orang tahanan dilawankan dengan binatang liar seperti singa. Jika menang, akan dibebaskan.
Dalam usaha meluaskan empayarnya, Rom bergantung kepada bilangan dan kekuatan tenteranya. Pada zaman pemerintahan Augustus, beribu-ribu orang tentera diambil untuk mempertahankan negara dari serangan musuh. Tentera yang jumlahnya hampir 400 ribu orang biasanya ditempatkan di sempadan yang terdedah dengan serangan luar. Augustus menempatkan tentera pengawal di luar Itali dan mengadakan pengawalan untuk dirinya sendiri di Rom . Tempoh perkhidmatan bagi tentera Rom ialah antara 20-25 tahun. Bagi menambahkan bilangan tentera warganegara, Augustus telah mewujudkan tentera bukan warganegara yang diberikan taraf warganegara setelah 25 tahun berkhidmat. Tentera Rom juga berjasa dalam mengembangkan budaya Rom di kawasan jajahan. Tentera Rom juga boleh berfungsi sebagai jurutera, pembina jalan, jambatan, petani dan menjadi hakim di daerah-daerah tertentu.

Taktik yang digunakan oleh Rom terutama di Arab Utara dan Selatan ialah dengan membahagikan tenteranya kepada 5 bahagian iaiatu bahagian depan, belakang, kanan, kiri dan tengah. Ketika melawan orang-orang Islam dalam Perang Yarmuk tahun 635 M, Heraclus sebagai ketua tentera Rom telah mengikat tenteranya dengan besi antara satu sama lain untuk mengelakkan mereka lari .Rom juga menggunakan taktik dan strategi testudo (kura-kura). Jenis tentera Rom dikenali sebagai ‘legions’ (unit/batalion yang mengandungi 3,000-6,000 askar berjalan kaki/infantri dan 100-200 askar berkuda) dan ‘tentera bergajah’ (semasa menyerang Mekah melalui panglimanya, Abrahah).

Tamadun India

Dalam bidang pentadbiran ketenteraan, Chandragupta Maurya dikatakan raja yang mula-mula sekali mempunyai organisasi ketenteraan yang tersusun dan berkesan. Plini menggambarkan bahawa Chandragupta Maurya mempunyai jumlah angkatan tentera yang terdiri daripada 600,000 orang askar berjalan kaki, 30,000 orang tentera berkuda dan 9,000 orang tentera bergajah di samping tentera-tentera berkereta kuda. Raja merupakan pegawai tertinggi angkatan tentera. Untuk mengendalikan tenteranya yang begitu ramai, beliau membahagikan kepada 30 badan pentadbir dan diagihkan kepada 6 lembaga. Tiap-tiap lembaga mengandungi 5 orang ahli. Badan-badan tersebut meliputi tentera laut, tentera berjalan kaki, tentera berkuda, tentera bergajah, tentera berkereta kuda dan tentera berkenderaan yang membekalkan alat-alat senjata. Tenteranya juga terdiri daripada berbagai kelas masyarakat dan bertugas semasa berlaku peperangan sahaja. Tenteranya dibayar gaji tetap. Arthasastra pula menggambarkan bahawa terdapat juga jururawat-jururawat dan doktor-doktor yang ikut serta dalam peperangan untuk membantu tentera yang tercedera. Di Mohenjo Daro dan Harappa dibina kubu dengan dinding yang tingginya 400 meter panjang dari utara ke selatan dan lebarnya ½ km. Tembok kubu Harappa dibuat daripada batu lumpur dengan batu terbakar yang tebalnya 18 meter. Sebenarnya di setiap bandar dalam Tamadun Indus dibina kubu yang kuat untuk melindungi bandar daripada musuh.

Tamadun China

Pada dasarnya negeri China adalah sebuah negeri ketenteraan. Pada zaman awal, Raja Shang sentiasa berperang kerana beliau beranggapan perang sebagai kejadian yang menguntungkan raja dan negaranya. Kemenangan dalam peperangan menjadikannya kaya dan berkuasa. Kadang kala Raja Shang menawan musuhnya sebagai korban kepada dewanya. Tentera Shang terdiri daripad tentera berjalan kaki dan berkereta kuda. Dinasti Shang kemudian digulingkan oleh Wu Wang dari Dinasti Chou pada tahun 1027SM kerana kezaliman raja Shang terakhir iaitu Shang Chau Hsin. Semasa pemerintahan kerajaan Chin, mereka berperang menggunakan angkatan tentera berkuda dan tentera berjalan kaki dan bukan kereta kuda untuk berperang. Pada masa awal pemerintahan Shih Huang Ti, beliau telah mengarahkan askar mencari alat-alat perang di dalam setiap rumah. Semua alat itu dirampas dan dihantar ke ibu kota Siang Yang dan dileburkan menjadi loceng besar dan patung besi. Melalui cara itu Shih Huang Ti berharap rakyatnya atau wakil lindungan tidak akan melancarkan pemberontakan terhadap kerajaannya malah kerajaan pusat cuba menetapkan satu sistem monopoli dalam kuasa tentera. Tenaga buruh bagi tentera diperolehi dari sistem kerahan dalam berbagai-bagai daerah tentera yang dikatakan sebagai Chun. Apabila kerajaan Chin hendak mengerahkan askarnya, beliau mengambil golongan pemimpin tentera dalam Chun tersebut. Kerajaan pusat juga melantik pegawai sebagai pemimpin tentera bagi kempen peperangan. Dari segi taktik peperangan, Shih Huang Ti berperang menggunakan taktik orang Tartar (ganas),dan menggunakan tentera berkuda. Beliau juga telah mengumpulkan penjahat dan dijadikan askar dan dihantar berperang ke sempadan. Beliau juga telah membina rangkaian jalan tentera dan terusan untuk memudahkan pergerakan/serangan.
Bagi mempertahankan negerinya dari ancaman luar terutamanya orang tartar/Monggol, Shih Huang Ti telah membina tembok yang dikenali sebagai Tembok Besar Negeri China. Tembok ini dibina dari tahun 228SM hingga 210SM yang merentasi bukit bukau dan lembah. Panjang tembok ini ialah 2250 batu dengan ketinggigan 15 kaki hingga 20 kaki. Tembok ini dibina lengkap dengan menara pengawal. Terdapat sebanyak 20,000 menara pengawal. Setiap satunya di tempatkan sepasukan tentera yang mengandungi 100 orang. Mereka mengawal dengan menggunakan panah. Di samping menara pengawal yang besar tadi, terdapat juga menara pengawal yang lebih kecil sebanyak 10,000 buah. Alat-alat peperangan yang digunakan di China ialah panah, pedang, lembing dan perisai. Pada zaman Monggol memerintah China, Marco Polo yang melawat China pada abad ke-13 melaporkan bahawa China menggunakan serbuk letupan dalam peperangan.Bagi menguatkan ketahanan fizikal, orang China menjalanii latihan ketenteraan termasuk seni mempertahankan diri secara tradisional.

Tamadun Melayu

Kerajaan-kerajaan Melayu juga mempunyai angkatan tentera yang kuat terutama kerajaan-kerajaan yang terkenal dengan perluasan empayarnya seperti Srivijaya, Majapahit, Melaka Acheh dan Funan. Srivijaya mempunyai angkatan laut yang kuat. Kerajaan ini menggunakan angkatan lautnya untuk memaksa kapal-kapal dagang singgah di pelabuhannya. Dalam aspek pertahanan ini, organisasi tentera yang ditubuhkan oleh Srivijaya dipanggil Orang Laut. Orang Laut melindungi pedagang dari serangan lanun. Orang Laut inilah juga yang melindungi Parameswara ketika menyelamatkan diri ke Tanah Melayu dari serangan Majapahit. Dengan angkatan tentera yang ramai, Srivijaya telah menawan beberapa buah kerajaan di utara Tanah Melayu dan Sumatera. Kerajaan Srivivjaya telah mewujudkan satu unit pentadbiran ketenteraan yang diketuai oleh seorang panglima bergelar pratisava.
Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Parameswara, telah menubuhkan organisasi tentera yang dipanggil Orang Laut. Tugasnya ialah untuk melindungi pedagang dari lanun. Pada peringkat awal Melaka ditubuhkan, Melaka sering diancam oleh Siam dan Majapahit. Bagi mempertahankan Melaka dari ancaman-ancaman luar, Parameswara telah meminta perlindungan dari Negeri China. Beberapa jawatan diwujudkan dalam pentadbiran Melaka untuk menjamin keselamatan negeri Melaka. Jawatan Bendahara dalam kerajaan Melaka berfungsi sebagai ketua angkatan tentera, sementara Laksamana pula merupakan ketua angkatan laut. Temenggong dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri dengan bantuan pasukan keselamatan. Kekuatan tentera Melaka terutama semasa di bawah Bendahara Tun Perak membolehkan Melaka meluaskan empayarnya meliputi beberapa buah kawasan di Tanah Melayu dan Sumatera.
Majapahit juga pernah muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dirantau ini. Dengan angkatan tentea yang besar dan kuat, kerajaan ini telah memperluaskan empayarnya dengan menawan beberapa buah kerajaan di Tanah Melayu, Kalimantan, Sumatera, Jawa dan Bali. Kerajaan Funan pula memperluaskan empayarnya dengan menawan Indo-China, Siam, Langkasuka dan utara Tanah Melayu. Alat-alat yang digunakan dalam pertahanan di Alam Melayu ialah keris, tombak dan pedang. Perahu dan kapal turut membantu membawa angkatan laut.Bagi menguatkan ketahanan mental dan fizikal, silat merupakan cara mempertahankan diri secara tradisional.

Tamadun Barat

Di Barat, ketahanan diri dan fizikal diperolehi melalui latihan ketenteraan yang berdisiplin. Latihan dalam tempoh tertentu diberi secukupnya sebelum diambil bertugas sebagai tentera. Latihan yang diberi termasuklah latihan bermain pedang, memanah dan menunggang kuda. Peralatan tentera yang digunakan lebih canggih seperti meriam (seperti Portugis gunakan untuk menyerang Melaka), perisai, pedang, senapang bersumbu, panah, pakaian seragam perang (termasuk baju besi, topi, kasut). Pasukan tentera dibahagikan kepada batalion yang terdiri daripada tentera darat dan laut. Alat yang digunakan semasa berperang ialah kuda (bagi tentera berkuda) dan kapal laut (bagi angkatan laut). Kubu-kubu pertahanan banyak didirikan. Dari segi organisasi, orang Norman terkenal dengan pasukan ‘knight’ (memakai baju besi seluruh tubuh termasuk muka). Pasukan knight juga teridiri daripada kaum bangsawan. Orang Norman yang berasal dari Britain itu memang terkenal dengan tentera berkudanya. Manakala orang Viking yang berasal dari Norway, Sweden dan Denmark merupakan pelaut dan pahlawan yang terkenal. Mereka mula belayar ke Barat pada abad ke-9 TM untuk mencari daerah baru. Orang Viking selalunya dikaitkan dengan kapal dan laut. Kapal mereka dikenali sebagai ‘knorr’ digunakan oleh orang Viking untuk ekspedisi perdagangan. Dengan itu organisasi pertahanan orang Viking dikenali sebagai perahu atau kapal.
Satu lagi cara untuk menguatkan ketahanan mental dan psikologi orang Barat ialah dengan bersumpah dan berjanji. Ini dapat dilihat dalam Perang Salib yang berlaku antara orang Krisitian dengan orang Islam pada akhir abad ke-11 TM. Sebelum melancarkan serangan, orang-orang Kristian telah bersumpah untuk merampas kembali Makam Suci (Holy Sepulchre) untuk mendapatkan kembali Baitul Maqdis yang ditawan oleh tentera Islam pada tahun 673 Masihi. Di atas alasan untuk masuk/menziarahi Baitul Maqdis semakin sukar (menurut ajaran mereka, menziarahi tanah suci adalah cara untuk mendapatkan keampunan dosa dan untuk masuk syurga), telah menaikkan semangat untuk berjuang menentang orang Islam. Pihak gereja telah berjanji akan membebaskan mereka dari membayar cukai, memberi pengampunan dosa, dan akan dibebaskan dari penjara jika mereka pergi berjuang menentang orang Islam.

Disediakan Oleh:Mohamad Zaid Shahari
Muhammad Alif Tajul Ariffin
Dibantu Oleh:Mohd Farid Rashid

KONSEP DAN SISTEM EKONOMI MASYARAKAT TAMADUN EROPAH
PENGENALAN
Istilah ekonomi berasal daripada istilah greek, oikos dan oikonomia yang bermaksud self-provisioning extended household.

Ekonomi merujuk kepada pengurusan rumah tangga kerana keluarga adalah unit ekonomi yang paling asas dalam kegiatan bercucuk tanam dan pengeluaran.

Ekonomi dapat dirumuskan sebagai ilmu yang mengkaji tentang pengeluaran, pengagihan, pertukaran dan penggunaan berangan yang bersifat kekurangan dan beraneka jenis.
KONSEP DAN SISTEM EKONOMI EROPAH
MASYARAKAT TAMADUN YUNANI
ATHENS
- Mengimport ikan, daging, garam, buah arak dan bahan mentah dari timur.
- Mengeksport minyak zaitun, perak, batu mamar dan lukisan.
- Athens berdagang dengan koloninya di sekitar Laut Hitam, Mesir, Syiria dan Phoenicia.

- SPARTA tidak menggalakkan perdagangan dan mahu melahirkan masyarakat yang berdikari.
- Rakyat digalakkan bertani kerana sparta bimbang dengan kemasukan barangan luar akan merosakkan nilai moral penduduknya.
MASYARAKAT TAMADUN GRAECO-ROM
Hanya tertumpu kepada perdagangan, perbankan, insuran dan mata wang.
Industri perhambaan merosot kerana buruh bebas senang didapati.
MASYARAKAT TAMADUN ROM
Pertanian mendominasikan kegiatan penduduk rom pada zaman republik.
Perusahaan tembikar, bahan besi dan senjata dijalankan secara kecil-kecilan.
Pada zaman empayar augustus wujud perniagaan bebas antara laut hitam dengan Sepanyol. Zaman ini memberikan kebebasan penuh kepada pedagang tanpa sekatan warna kulit dan takrif.

Menjadi tumpuan pedagang-pedagang Syiria, Greek, Sepanyol dan Afrika.
Maharaja Nero dianggap Bapa Perdagangan Bebas kerana mengambil daya usaha untuk menghapuskan amalan-amalan lama dalam empayar rom.
Pada zaman ini, gading, emas, bulu binatang, batu ambar dan lilin diimport dari Timur Afrika. Hamba diimport dari Rusia dan Jerman.

Daerah Asia Kecil, Itali dan Gaul menghasilkan barangan yang diperbuat daripada bulu. Dari India, pedagang Rom membawa balik mutiara, batu permata, kain kapas, kulit penyu, rempah ratus, pokok jati, lada hitan dan sutera.
Dasar ekonomi Augustus yang bersifat laissez-faire memberi kebebasan untuk saudagar menjalankan perdagangan.

Langkah-langkah penting yang diambil termasuk menyusun semula sistem mata wang kepada emas, perak, dan logam, menyusun angkatan tentera bagi melawan lanun dan memperkenalkan sistem cukai yang tidak membebankan.
MASYARAKAT TAMADUN BARAT
Zaman Pertengahan Awal
- Rakyat tunduk kepada orang Gasar uuntuk mendapatkan perlindungan daripada musuh.
Mereka menyerahkan tanah dan diri mereka kepada tuan-tuan tanah.(LORDS)
Raja berkuasa mutlak,diikuti oleh counts,lords dan manor.setiap dari mereka mempunyai hak dan tnggungjawab bergantung pada jenis tanah
- Di bawah sistem manor, tanah dibahagikan kepada beberapa ladang yang disebut manor dan ketuanya digelar lord/siegneur dan pekerja di bawah mereka digelar petani.

Zaman Kemuncak Pertengahan
Berlaku pemulihan perdagangan dengan Timur Tengah dan perkembangan perdagangan di sepanjang jalan perdagangan Eropah Barat.
Perang salib telah menemukan bangsa eropah dengan dunia timur yang mnenambah perdagangan antara 2 kawasan.
- Berlaku pertambahan penduduk yang pesat di utara akibat perpindahan petani dari Perancis, Sepanyol dan Sicily.

Pasar CHAMPANGE di Jerman menjadi pusat pertemuan para pedagang Flanders dan Itali.
Terdapat pengurup wang untuk menukar nilai rasmi
Pemberian piagam kepada bandar-bandar yang kini menjadi bandar berdaulat.
Venice menjadi bandar berdaulat pertama yang menghasilkan mata wang sendiri.

Piagam bandar ini mendorong bandar-bandar menubuhkan KESATUAN DAGANGAN dan KESATUAN TUKANG untuk menjaga kepentingan mereka
Zaman Awal Moden
Menjelang abad ke-12M, Venice, Genoa dan Milan mengalami kadar perdagangan tinggi dengan Timur Tengah dan Eropah Utara.
Awal abad ke-14M,venice dan Genoa mencapai kejayaan dalam pembinaan kapal laut yang boleh belayar
- Perkembangan ini membawa kepada revolusi perdagangan yang mana lebih banyak barangan dapat dibawa dan menyeberangai lautan atlantik.(pembukaan jalan-jalan baru)
- Raja menggalakkan perkembangan sistem kapitalisme dan mengamalkan dasar ekonomi merkantilisme.

Dengan penubuhan negara bangsa pada abad ke-16 dan ke-17,raja menggalak perkembangan kapitalisme.
Sistem kapitalisme
Menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan untuk keuntungan.
Merkantilisme
- Menekankan kekayaan, kekuasaan dan kebajikan.

Ratu Elizabeth (1558-1603) memeperkenalkan beberapa akta untuk melindungi sektor perindustrian, pertanian dan perkapalan England.
Antara akta-akta tersebut ialah:
Akta Perantis 1563
Akta Perkapalan 1650
Undang-undang Kemiskinan 1600
Settlemen Act 1662
Akta Makanan 1663

Gerakan renaisans yang disusuli oleh gerakan reformasi pada abad ke-16M dan ke-17M memperhebatkan pertubuhan ekonomi eropah degan mengembangkan kapitalisma di negara2 berkenaan.

REVOLUSI PERINDUSTRIAN di England pada abad ke-18 M membawa kepada penggunaan kaedah moden iaitu jentera dan proses kimia dalam proses pengeluaran barangan bukan pertanian.
Revolusi perindustrian menyebabkan berlaku peningkatan dalam kadar urbanisasi, bilangan penduduk, hasil pengeluaran dan pengumpulan modal.

Contoh
Dalam bidang perkapalan kayu balak digantikan dengan penggunaan besi.
Pembinaan jlan dari batu dan tar

Tahun 1761 M,James Bridley membina terusan,iaitu terusan Worsley untuk membawa arang batu

Penghasilan barangan lebihan dalam negara akibat revolusi perindustrian
Membolehkan barangan dieksprot ke luar negeri.
Contoh:eksport kapas dan pakaian dari england meningkat pada kadar 10 peratus setiap tahun.
KEJAYAAN DASAR PERDAGANGAN BEBAS
a)Pemansuhan monopoli perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris degan negara China pada tahun 1833 M.
b)Mengurangkan bilangan barangan yang dikenakan duti import dan eksport.
c)Melonggarkan undang-undang Jagung pada tahun 1822 M.
d)Meminda akta perkapalan pada tahun 1825 M.

Revolusi perindustrian yang bermula pada pertengahan kedua abad ke 18 M di England telah menjadi asas perubahan politik, ekonomi sosial di Eropah dan dunia pada abad-abad berikutnya.
SEKIAN